Sunday, December 20, 2009

Peraturan : Pemain , Peralatan dan Pegawai

Sebagai badan jawatankuasa antarabangsa futsal, FIFA dan AMF bertanggungjawab untuk menjaga dan menggubal peraturan rasmi daripada pelbagai versi futsal. Seperti bola sepak, futsal memiliki 'hukum' yang mendefinisikan semua aspek permainan, termasuk apa yang dapat diubah untuk menyesuaikannya dengan pertandingan dan liga tempatan. Terdapat tujuh belas hukum dalam Undang-Undang Permainan Futsal.

Pemain , Peralatan dan Pegawai

Terdapat lima orang pemain dalam setiap pasukan, termasuklah penjaga gol. Bilangan maksimum pemain gantian yang dibenarkan adalah tujuh orang dan tiada had pertukaran pemain dalam sesuatu perlawanan. Pemain gantian boleh terus masuk ke gelanggang walaupun permainan sedang berlangsung. Jika sesebuah pasukan mempunyai kurang daripada tiga orang pemain dalam pasukan, perlawanan itu akan dihentikan.

Pakaian untuk permainan futsal terdiri daripada sehelai jersi berlengan, seluar pendek, stokin, 'shinguard' diperbuat dari getah atau plastik dan kasut futsal. Penjaga gol dibenarkan untuk memakai seluar panjang dan hendaklah memakai pakaian dari warna yang berbeza daripada pemain lain. Ini bertujuan untuk membezakan penjaga gol daripada pemain lain dalam pasukan tersebut dan juga pengadil. Barang-barang perhiasan tidak dibenarkan, begitu juga barang-barang lain yang berbahaya bagi diri mereka sendiri dan pemain lain.

Pertandingan futsal dikendalikan oleh seorang pengadil yang mahir dalam peraturan permainan, dan pengadil pertama adalah satu-satunya orang yang dapat menghentikan perlawanan disebabkan oleh gangguan dari luar gelanggang. Pengadil ini juga dibantu oleh pengadil kedua. Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad, dan hanya boleh diubah jika pengadil merasa perlu dan permainan tidak akan dimulakan semula. Ada juga pengadil ketiga dan pencatat waktu, yang dilengkapi dengan peralatan untuk mencatat kesalahan dalam perlawanan. Jika berlaku kecederaan kepada pengadil pertama atau pengadil kedua, pengadil ketiga akan menjadi pengganti.




Thursday, December 17, 2009

This Is Futsal..

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.



Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan termasuk penjaga gol. Perbezaan ketara antara bola sepak dengan futsal ialah saiz padangnya. Bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Tempoh permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.

Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia.

Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.

Wednesday, December 16, 2009

Introduction Post : Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur alhamdulillah..akhirnye berjaye gak aku siap kan blog utk club futsal kite ni. Asal nye nak buat website tp x reti nk wat cmne so wat blog pon ok la jugak..Untuk post yg pertama ni aku xde nk ckp byk2, just nk cte sket je psal blog ni. (Sbenarnye xtau nk tulis ape.huhu...)

Tujuan aku wat blog ni x lain x bukan ialah nk memberi ape2 je info pasal futsal kt korang walaupon aku ni pon bukan terer sgt men futsal. Tp ape je info pasal futsal aku akan share dgn korang kt blog ni. Dan korang juga kalo ade pape info yg nk dikongsikan bole la bg kt aku, nanti aku post kan kt blog ni. Info tu sume korang bole send je kt email aku josevandetta@gmail.com xpon korang bg je by hand kt aku.

Slain tu jugak, blog ni bertujuan nk memudahkan korang sentiasa update dgn aktiviti club cntohnya kalo ade friendly match ke nanti aku bgtau je kt blog ni. Korang kene slalu lawat blog ni la atau nk senang lagi subscribe je blog ni.huhu...

Aku harap dengan ade nye blog ni club kite ni akan lebih terkehadapan berbanding club2 lain.hehe...Rajin2 la komen kt blog ni. Kalo ade pape kekurangan kt blog ni harap korang boleh bgtau supaya aku bole kasi baek lg blog ni.

Sekian saje dari aku,
farees
Bookmark and Share
Search