Sunday, December 20, 2009

Peraturan : Pemain , Peralatan dan Pegawai

Sebagai badan jawatankuasa antarabangsa futsal, FIFA dan AMF bertanggungjawab untuk menjaga dan menggubal peraturan rasmi daripada pelbagai versi futsal. Seperti bola sepak, futsal memiliki 'hukum' yang mendefinisikan semua aspek permainan, termasuk apa yang dapat diubah untuk menyesuaikannya dengan pertandingan dan liga tempatan. Terdapat tujuh belas hukum dalam Undang-Undang Permainan Futsal.

Pemain , Peralatan dan Pegawai

Terdapat lima orang pemain dalam setiap pasukan, termasuklah penjaga gol. Bilangan maksimum pemain gantian yang dibenarkan adalah tujuh orang dan tiada had pertukaran pemain dalam sesuatu perlawanan. Pemain gantian boleh terus masuk ke gelanggang walaupun permainan sedang berlangsung. Jika sesebuah pasukan mempunyai kurang daripada tiga orang pemain dalam pasukan, perlawanan itu akan dihentikan.

Pakaian untuk permainan futsal terdiri daripada sehelai jersi berlengan, seluar pendek, stokin, 'shinguard' diperbuat dari getah atau plastik dan kasut futsal. Penjaga gol dibenarkan untuk memakai seluar panjang dan hendaklah memakai pakaian dari warna yang berbeza daripada pemain lain. Ini bertujuan untuk membezakan penjaga gol daripada pemain lain dalam pasukan tersebut dan juga pengadil. Barang-barang perhiasan tidak dibenarkan, begitu juga barang-barang lain yang berbahaya bagi diri mereka sendiri dan pemain lain.

Pertandingan futsal dikendalikan oleh seorang pengadil yang mahir dalam peraturan permainan, dan pengadil pertama adalah satu-satunya orang yang dapat menghentikan perlawanan disebabkan oleh gangguan dari luar gelanggang. Pengadil ini juga dibantu oleh pengadil kedua. Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad, dan hanya boleh diubah jika pengadil merasa perlu dan permainan tidak akan dimulakan semula. Ada juga pengadil ketiga dan pencatat waktu, yang dilengkapi dengan peralatan untuk mencatat kesalahan dalam perlawanan. Jika berlaku kecederaan kepada pengadil pertama atau pengadil kedua, pengadil ketiga akan menjadi pengganti.




No comments:

Post a Comment

Bookmark and Share
Search